Narrate s short story about a something/someone you like/love most and tell the reason why. (Attach a related picture)
Assalamualaikum w.b.t
Entry kali ini adalah untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh saudara Hami Asraff (gambar di atas)
Untuk pertandingan ini, aku mahu menceritakan benda yang paling aku sayang... Aku tidak mahu menceritakan perihal orang yang paling aku sayang kerana biarlah kasih sayang sesama manusia, aku simpan jauh di dalam sudut hati... Lagipun agak klise menceritakan kasih sayang sesama manusia... Jadi, aku mahu menceritakan benda yang paling aku sayang... Ia juga dapat mengimbau kenangan masa lalu di mana kita di suruh untuk menulis perihal benda yang kita sayang seperti "Aku sebatang pen", "Aku sepasang kasut" dan macam-macam lagi... Mesti kesudahan cerita-cerita agak menyedihkan...
Cukuplah aku namakan benda yang aku sayang sebagai "Lisa Grey"... Nama manja "beliau" ialah Lisa... Untuk membuatkan pembaca tidak tertanya-tanya apakah itu Lisa, sila lihat di bawah...
Ya, Lisa merupakan kereta kesayanganku... Kelisa 1.0... Lisa telah membawa aku ke serata negeri di Malaysia... Terengganu, Johor Baharu, Perak semua direntasi Lisa... Apa yang membuatkan aku bertambah sayang pada Lisa ialah hampir setiap minggu ia membawa aku pulang ke kampung untuk bertemu dengan insan-insan yang tersayang... Begitu besar jasa Lisa pada aku...
Walaupun aku belum melunaskan sepenuhnya pinjaman aku kepada pihak bank untuk memiliki Lisa, dan terpaksa menghabiskan RM350 sebulan kepada bank, Lisa sentiasa ada ketika aku memerlukan khidmat "beliau"... Aku betul-betul sayangkan Lisa...
Baru-baru ni, Lisa mengalami kecederaan dalaman dan perlu dirawat segera... Insurans Lisa juga hampir tamat tempoh... Tapi yang paling aku risau ialah kecederaan dalaman yang dihidapi Lisa... Mampukah Lisa bertahan??? Disebabkan kasih-sayang yang mendalam terhadap Lisa, aku menghantarnya ke hospital peribadi Lisa (bengkel kereta) yang terletak di Senawang... Banyak organ dalaman Lisa yang rosak dan perlukan penderma yang sesuai... Nasib Lisa baik kerana banyak organ dalaman yang sesuai dengan Lisa di jual di pasaran terang... Selepas 3 hari berada di wad rawatan, Lisa dibenarkan keluar wad... Kos rawatan Lisa dan pembaharuan insurans "beliau" dianggarkan bernilai RM1000... Selepas keluar dari wad, Lisa menjalankan tugasan dengan baik,malah Lisa semakin menunjukkan prestasi lebih baik, tidak seperti sebelum ia masuk "hospital"...
Memang Lisa memainkan peranan yang besar untuk aku dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dan pekerja sambilan... Semoga Lisa akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk aku, kini dan selamanya... Semoga Lisa terus kekal menarik dan disenangi orang ramai... Amin Ya Robbal A'lamin...
9 comments:
hui, da masuk contest. goodluck! =)
thanx atia... neves...
best cite niy..gudluck tok contest tu
salam
Pcik ada follow tu, jemput ke laman pcik pula ya
TAHNIAH!!! :)
CONGRATS...! terpikat dgn lisa gaks...hikhik...;p
haida: thanx for the wish...
starsyeea: thanx... lisa mmg mantop...
lisa juga membawa saya bertemu sidia...ahaks....
LISA grey nme yg cumel!
i thot, im the only one who named my car.. u also..
i like! huhu
nice to meet u lisa grey..
Post a Comment