Sunday, August 21, 2011

BILA KATA2 MULA BERBICARA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Salam 1 Ukhuwah...

Pehabaq bloggers sekalian??? Dah bersawang sgt2 blog ni... X sempat nk menyinggah dek kesibukan mencari sesuap rezeki... Sedih sgt rasa di hati bila Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya... X tahu lagi rezeki Ramadhan thn hadapan... Semoga Allah terus memberikan diri ini peluang utk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan utk thn2 akan datang...

Saya dpt merasakan blog ini akan terus bersawang kerana saya telah pun kembali menjadi pelajar semula... Routine sbg pekerja dan pelajar pada satu masa membuatkan hidup saya kembali sibuk... Macam2 perkara harus diselesaikan... Setiap kali selepas solat, diri ini selalu berdoa supaya Allah memberikan diri ini kesihatan yang baik supaya tanggungjawab sbg hamba-Nya, tugas sbg pendidik dan tugas sebagai pelajar dapat dilaksanakan sebaik mungkin... InsyaAllah... Ameen...

Beberapa hari menjelang Syawal, saya berkira2 ramai yg sibuk dgn persiapan raya... Tapi jgn lupa utk mempertingkatkan ibadah2 kerana terdapat malam LailatulQadar pada 10 mlm terakhir ini... Semoga kalian terus tabah dan kuat menghadapi dugaan2 di bulan Ramadhan ni especially hari2 terakhir ini dan semoga Allah s.w.t terus melimpahkan rezeki dan memberi perlindungan kpd kita semua... InsyaAllah... Ameen... Semoga bertemu lagi di lain entry... InsyaAllah...



P/s students saya memberitahu manusia akan lebih mencari "Lailatul Kamdar" daripada "Lailatul Qadar" pd 10 mlm terakhir ini... Wallahuwa'alam... Na'uzubillah...

Wassalam...

No comments: