Wednesday, September 11, 2013

FINAL YEAR PROJECT

Assalamu'alaikum dan Salam 1 Ukhuwah...

Pehabaq sahabat2 sekalian? Musim students diploma nak exams la ni. Masing-masing pakat sibuk dengan assignments, quizzes and tests. Tak lupa juga sibuk dengan macam-macam presentation.

Semalam aku jadi panel untuk satu pembentangan projek akhir ni. Pelajar-pelajar Part 5. Projek Akhir 1. Next sem diorang akan present Projek Akhir 2 plak. Lebih kurang sem ni diorang present project progress la.

First group dah buat aku bengang dah. Haish. Progress teruk. Projek simple sangat. Report progress memang teruk sgt. Tak puas hati sungguh. Kerja 14 minggu macam kerja sehari dua jer. Masuk second group lagilah buat aku bengang. Lagi teruk dari first group. Mendidih betul darah aku masa tu. Dah lah projek tu student aku dah buat last sem. Agak tinggi suara aku masa tu. Member yang sama jadi panel pun senyap jer. Tak pernah aku marah sampai mcm tu sekali. Takde satu group pun yang buat aku happy.  Tetiba ada sorang student perempuan ni menangis. Katanya aku menengking kat dia. Ya Allah, memang takde niat pun. Kita nak perbetulkan mana yang salah. Aku jugak yang kena minta maaf semula sebab buat dia macam tu. Macam-macam hal.

Memang aku balik dengan jutaan ketidakpuashatian. Heboh satu fakulti student tu nangis Sir Z*** yang buat. Adoyai. Sabar jer la. Berita sensasi ni cepat betul tersebar. Pengajaran buat aku. Students cakap macam ni pagi tadi "Tak pernah sir marah kitorang dalam kelas. Masa present semalam betul-betul sir jadi orang lain. Takut kitorang. Nampak sangat sir pendam marah selama ni. Semalam habis keluar". Ape lagi gelak besar lah aku. "No komen" jer jawapan aku.

Bukan mudah nak berjaya. Penuh jalan berliku. Ape2 pun, sir doakan anak-anak sir berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Ameen Ya Robbal 'Alameen.

Wassalam...

Tuesday, September 3, 2013

EVALUATION AND OBSERVATION

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam 1 Ukhuwah....

Pehabaq sahabat2 sekalian? Pagi tadi diri ini telah di"observe" oleh Senior Lecturer. Every sem dah kena. Alhamdulillah x byk yg evaluator komplen. Student pun bg feedback yg +ve. Sepanjang 3 thn jd pendidik, I really enjoy teaching and guiding the kids.

Diorg pernah tanya. "Sir ada favourite student x?". Jawapan klise. "Mana ada. Semua sir layan sama rata" :-) However dalam diri ni mesti ada favourite student. Cuma x ckp dpn2. Muka yg mirip dgn arwah adik membuatkan diri ini hiba bila berjumpa dgn student ni. Dia pun dah grade. Akan menyambung ijazah x lama lagi. Sir doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Ok. Nak tidur dulu. Nanti kita story lagi. Semoga kalian mimpi indah malam ni. Pohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap.

Wassalam.

Sunday, September 1, 2013

LCCT dan AKU...

Assalamu'alaikum w.b.t...

Pehabaq sahabat2 sekalian? Masa tgh update blog ni tgh tggu flight nk blk Kuching. This is my routine. Setiap 2 atau 3 minggu akan pulang ke kg halaman. Jumpa family. Ok. Nk masuk kapal terbang dh. Doakan perjalanan dan penerbangan ini selamat sampai ke destinasi. InsyaAllah. Ameen Ya Robbal 'Alameen.

Jom naik belon :-)

Wassalam

Saturday, August 31, 2013

BUDAK MANJA

Assalamu'alaikum w.b.t... Salam 1 Ukhuwah...

Pehabaq sahabat2 sekalian? Aku ada di kg la ni... Ada urusan skit... Ni tgh dodoikan my beloved niece... Kena buai bagi dia tidur... Dia pun dh letih sgt bermain... Masalahnya, kalau berhenti sekejap, mesti menangis... X larat pakteh nk buai lama2... Lenguh tgn pakteh ni... Sabar aje lah... Manja terlebih dia ni... :-)

Friday, August 30, 2013

BE STRONG

Assalamu'alaikum w.b.t... Salam 1 Ukhuwah...

Apa khabar sahabat2 sekalian? Berada di Kuching International Airport (KIA) la ni... Waiting for departure... Nak balik kg weekend ni... Kerap sgt balik? Ramai yg cakap byk sgt duit boleh balik 2 minggu sekali... Alhamdulillah... xde lah byk duit... Rezeki daripada Allah tu tetap ada... Selalu balik pun selalu dapat tiket murah... jarang kalau balik kg tiket lebih daripada RM100 (pergi dan balik)... mcm minggu ni tiket RM78 pergi dan balik... Balik kg jumpa family... Satu kenikmatan yg tak terhingga buat perantau mcm aku ni :-) Alhamdulillah...

Bila blk kg, mesti kena menjawab soalan kuiz... bukan calang2 soalan... bila lagi? Aku pun pening nk jwb ape... soalan pendek jer... "Bila lagi?" Tapi jawapan dia pecah kepala nak fikir... sejak kejadian putus tunang tahun lps, aku lebih fokus kepada kerjaya... ada juga berkawan dengan seseorang tapi masih di tahap mengenali hati budi... memang tak tahu jawapan yg nak diberikan... semoga ada jalan utk hubungan kami... tak nak kecewa lagi mcm dulu... susah juga nak lupakan...

Aku berharap sahabat2 sekalian mendoakan yg terbaik utk aku... Semoga diri ini terus tabah menghadapi ujian2 mendatang... InsyaAllah...

Thursday, August 29, 2013

AMALAN

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam 1 Ukhuwah...

Selamat pagi sahabat2 sekalian... Pagi ni hujan lebat di bumi Samarahan ni... Alhamdulillah masih diizinkan Allah s.w.t utk bernafas di muka bumi ini... Just nak share 1 doa utk amalan kita semua... Terdapat dalam Al-Ma'thurat doa ni... Elok diamalkan pagi dan ptg... Utk mendapatkan kesihatan yg terbaik... insyaAllah...

BIASISWA

Assalamu'alaikum w b.t dan Salam 1 Ukhuwah :-)

Bukan biasiswa utk diri ini tetapi utk pelajar yg akan melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah bln 9 nnt... insyaAllah... baru2 ni Sony Sdn Bhd (company elektronik) tu ada keluarkan iklan utk biasiswa sony ni... jeng... jeng... jeng...

Sekali borang yg diorg upload kt web uitm tu borang utk thn 2012... kesian dkt students ni... nk apply tp tarikh dh tutup... mmg kesian bila diorg mengadu kt FB... tetiba teringat ada kawan kerja kat Sony... meminta ihsan beliau utk dapatkan borang tu... Alhamdulillah punyai kawan yg baik hati dan sudi membantu... Beliau sanggup pos borang tu ke Sarawak... Terima kasih Mr. Engineer Nije :-)

Tunggu punya tunggu x sampai2 borg tu... lps 4 hari baru sampai... guna Pos Ekspress kot... Ekspress sesangat :-) kena amik dekat post office lagi... sabar jer la... bila dapat borang tu, terus scan and email pada students... faham2 lah area Sarawak ni... jauh2 belaka... terpaksa lah email pada students... Alhamdulillah semua dapat... Yg x bestnya bila ada org kata kenapa sanggup bersusah payah utk students? Nnt diorg x belajar berdikari. Ke nak cari populariti? Pun ada manusia mcm ni ke? Mesti ke setial pertolongan tu utk dptkan populariti... Lillahi Ta'ala... hari ni kita tlg org... insyaAllah esok2 lusa bila kita susah ada insan lain yg akan bantu kita... Allah s.w.t Maha Adil... 

Semoga usaha yg kecil ini akan membahagiakan my students. Nak tau ape plak "syarat2" yang Sony kenakan??? Tunggu next entry --> Recommendation Letter... Jumpa lagi di next entry... InsyaAllah...

Wassalam...

Wednesday, August 28, 2013

PENDIDIK

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam 1 Ukhuwah :-)

Lama dah x update blog ni... Agak sibuk dengan dunia "pensyarahan" sampai terlupa nak update blog ni :-) Alhamdulillah dah lebih 3 tahun jadi pendidik... Alhamdulillah dah disahkan dalam jawatan :-) Pelbagai masalah yang berlaku sepanjang berkarier menjadi pensyarah ni... Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan baik... Dengan izin daripada Allah s.w.t jua...

Sekarang ni agak sibuk utk sambutan 40 Tahun UiTM Sarawak ni... Memegang jawatan sebagai Ketua Sekretariat agak membimbangkan diri... Alhamdulillah so far progress sgt2 baik... org2 bawahan pun memberi kerjasama yang terbaik... Boss memang x payah cakap lah... Mmg terbaik kerja bawah dia... Dari tahun lepas dia dah booking diri ini utk involve dalam seminar yg dia organize... Mmg kami sekepala (2-2 kaki poret)... Hahahahaha... Poret bukan sebarang poret... Kami poret isu semasa ya :-)

Bulan Jun yang lepas aku jadi ketua utk Seminar Pengkomersilan di UiTM Sarawak ni... Alhamdulillah byk belajar daripada senior how to organize event... Alhamdulillah event berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah teknikal yang berlaku... But my team manage to overcome all the problems... Alhamdulillah... Kena bersedia 200% fizikal dan mental apabila berurusan dengan manusia ni :-) Masing-masing punyai karakter yang x boleh dijangka...

Nanti next entry akan aku ceritakan perihal students yang dah grade and akan sambung belajar ke peringkat ijazah pula... Anak2 buah dah panggil masuk meeting... Kita jumpa lagi di next entry...

Wassalam...


Wednesday, October 10, 2012

POSITIVE THINKING

Assalamu'alaikum w.b.t... Salam Sejahtera...

Pehabaq sahabat2 sekalian??? Hopefully semuanya sihat walafiat... Dah pkl 5.00 pm la ni... Boleh balik dah rasanya... Tapi hujan kat luar tu... So stay kat opis jer la until 6 pm...

Baru lepas habis marking paper exams... Electronics 2... One of the killer papers kata students... Xde lah susah mana pun... Depa ni malas nak study... Final pun suam2 kuku jer la... Nak buat lagu mana lagi... Dalam kelas bila tanya semuanya paham... Bila jawab exams, nan hado... Hohohoho... Tapi lecturer mesti positive thinking... Depa ni panic and nervous masa menjawab soala2 peksa... :-)

La ni sibuk plak nak buat proposal utk penyelidikan... Tarikh tutup 12/10/2012... Malas betul nak buat... Kih3... Yelah... Banyak keja lain menanti... Things To Do tu pun xdak satu pun yg selesai lagi... Kah3... Ada satu paper lagi yang x marking... Electronics 3... Hopefully bleh settle dalam minggu ni juga... Minggu depan boleh relax2 and jalan2 cari pasal... Kui3... 

Ada satu kisah sedih yang berlaku kat diri ini last week... Terus demotivate... Kita cerita dalam entry lain... nak sambung buat proposal... See you next entry...

Wassalam...

Monday, October 8, 2012

PMR

All the best and Good Luck for PMR Candidates. May Allah bless you :-)


KEKUATAN DIRI

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat sejahtera... Kaifa haluka sahabat2? Semoga sentiasa di bawah perlindungan dan kerahmatan Allah s.w.t. Minggu yg agak sibuk buat saya dan teman2 seperjuangan yg lain :-) Harus menanda kertas peperiksaan :-) Semoga diri ini diberi kekuatan utk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara :-) InsyaAllah. Ameen. Pelbagai perkara harus diselesaikan sebelum berakhir sem ini. X dilupakan perancangan dan strategi utk semester hadapan dalam meningkatkan kemahiran diri terutamanya. Saya akan berehat sebentar daripada urusan PhD utk memberi ruang kpd diri ini utk berehat. Semoga pengorbanan ini akan memberi kesan +ve kpd diri ini dlm mencari makna kehidupan. Akhir kata, saya berharap sahabat2 yg membaca blog ini akan mendoa'kan kesihatan saya kembali sihat seperti sediakala. Akhir2 ini, kesihatan saya kembali tergugat dan diuji. Semoga do'a kalian dimakbulkan Allah s.w.t. Ameen Ya Robbal 'Alameen. Saya memohon kema'afan kpd sahabat2 andai ada kata2 saya yg menyinggung hati dan perasaan sahabat2 sekalian. Semoga ukhuwah ini berkekalan walaupun pertemuan hanya di medan maya :-) Semoga kita bertemu lagi :-) Wassalam.

Monday, October 1, 2012

SEMUANYA KERANA...

Assalamu'alaikum w.b.t

Pehabaq bloggers sekalian??? Di harap sentiasa sihat di bawah lindungan dan keberkatan Allah s.w.t... Dh lama x update blog akibat terlampau busy dgn tugasan harian... Alhamdulillah diberikan kesempatan utk update blog ni (sekejap lagi pkl 2 p.m ada kelas... now dh pkl 1.18 pm)... hehehehehehe

Sekarang dah masuk bulan Oktober... Sepatutnya bulan lps diri ini dh bertukar title... Single --> Married... Tapi semua telah tertulis yang dia bukan jodoh untuk saya... Tanggal 3/6/2012, pihak "sana" telah meminta putus kerana telah berjumpa insan yg mampu menjaga beliau dgn lebih baik lg... Tanggal 16/9/2012 yg sepatutnya menjadi milik kami berdua hanya menjadi milik beliau dgn buah hatinya yg baru (sekarang suami)... Apa yg saya rancang utk hari tersebut telah beliau abadikan bersama dgn insan yang lain... Sob3... Dekat 4 bulan berlalu... Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga yg terbaik dan memahami serta insan2 istimewa yg sentiasa memberi support dlm meneruskan hidup... Alhamdulillah saya x hilang pedoman dan masih ada iman dalam meneruskan tujuan hidup... Pertanyaan dari teman2 dan saudara2 hanya saya jawab dengan senyuman... Mana2 yg tahu kisah saya, xkan tanya soalan berkaitan mendirikan rumahtangga kerana khuatir melukakan hati ini...Persediaan telah dilakukan tetapi xde siapa yg mengetahui aturan Yang Maha Esa... Saya hanya mampu berdoa dan berusaha ke arah itu... Yang selebihnya saya serahkan kpd Allah s.w.t...

Saya x tahu nak tafsirkan perasaan saya ketika ini... Ada masa klu terkenang saya akan sedih... Saya dh cuba yang sebaik mungkin utk melupakan apa yg terjadi tapi rasanya diri ini belum cukup kuat lagi... Cuba berlagak cool dan tenang dpn orang ramai... Tapi hakikatnya saya masih belum "pulih" sepenuhnya lagi... Walaupun diri ini tgh "berkawan" dgn insan lain, tapi bayangan beliau gagal saya hilangkan dari memori ini... Kalau boleh saya xnak menoleh ke belakang lg... Sakit yg saya rasa paling teruk pernah saya alami bila beliau meminta pertunangan kami diputuskan... Sedaya upaya saya memaksa diri ini utk tidak memikirkan ape yang telah berlaku... Allahu Akhbar... 

"Ya Allah, hamba-Mu ini bermohon kepada-Mu agar kau berilah peluang kepada hamba-Mu ini utk melupakan segala apa yang telah terjadi antara diri ini dan bekas tunang... Semoga diri ini terus tabah dan kuat menghadapi hari2 mendatang... Berilah peluang kepada hamba-Mu ini utk menikmati keindahan kehidupan bersama insan yang lain, Ya Allah... Ameen Ya Robbal 'Alameen"

Wassalam...

Wednesday, February 22, 2012

MUHASABAH DIRI

Assalamu'alaikum w.b.t... Salam 1 Ukhuwah...

Pehabaq bloggers sekalian??? Sihatkah masing2??? Jgn terkejut no melihat background baru ni... Suka2 nak jadi jambu sat :)

Mmg dah lama x update blog ni... Busy sesangat sejak kebelakangan ni... Macam2 hal yang berlaku... Alhamdulillah semua berjaya diharungi :) Tinggal defence proposal utk PhD yang belum lagi... Tiada yang menarik utk dikongsi di sini... Cuma baru2 ni saya dapat menyertai satu forum bersama ustaz Don yang tengah hot la ni... Live plak tu... Mmg tinggi ilmu yg dimiliki beliau... Nnt kita story apa yg Ustaz Don bg ceramah ari tu...

Sahabat2 bloggers sekalian, saya harap sgt2 kita sentiasa mengikut perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala larangan-Nya... Semoga kita terus di bawah lindungan Allah s.w.t... Sesiapa yang berminat untuk menempah kain ela yang saya jual, jangan malu2, jangan segan2 utk melihatnya di FB saya... Zahari Xaharie... PM saya utk urusan jual beli ya... Sambil membeli kita beramal... InsyaAllah...

Cukuplah sampai di sini dulu... Ada masa saya coretkan apa yang Ustaz Don bg ceramah yang lepas... Sharing is caring... Sharing is loving... Ameen...

Wassalam...

Wednesday, December 21, 2011

CABARAN, UJIAN DAN DUGAAN

Assalamualaikum... Salam satu ukhuwah :-)


Pehabaq bloggers sekalian??? Diharap semuanya sihat walafiat di bawah perlindungan Yang Maha Esa... Entry kali ni ditulis ketika diri ini berhadapan dgn telatah student yg merasakan dirinya sgt bagus... Siapa ckp karier pensyarah ni satu karier yg susah... eh silap... satu karier yg senang??? Acapkali kesabaran diuji dgn kerenah pelajar2 yg kadang kala agak biadap dan kurang ajar... hilang mood nak mengajar... sakit hati... semua ada... tp mengenangkan profesionalisme, pengajian tetap dijalankan mcm biasa...

Kepada pelajar-pelajar di luar sana, hormatilah para pendidik-pendidik supaya mudah memahami ilmu yg dipelajari dan peroleh keberkatan ilmu... insyaAllah...

Wassalam


Published with Blogger-droid v2.0.1

Wednesday, November 16, 2011

KOLEKSI KAIN...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Pehabaq rakan2 sekalian...??? Hopefully sihat sejahtera semuanya... Saya nak khabar2kan yang saya sekarang ni ada menjual kain2 ela... Ekslusif dan kualiti dijamin... Kepada sesiapa yang berminat bolehlah lihat di FB saya... Search Zahari Xaharie... Add saya dulu or PM me sbb saya private FB saya atas sebab2 tertentu... InsyaAllah rezeki ini juga akan dikongsi bersama2 mereka yg memerlukan... Sambil2 membeli kita beramal... InsyaAllah... Di sini saya sertakan contoh kain yg saya jual :-)


Wassalam...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, November 6, 2011

SAWANG

Assalamualaikum w.b.t... Salam satu ukhuwah...


Pehabaq sahabat2 sekalian... Lama dah x update blog ni... Sawang lah sesangat... Busy dgn majlis kawen saya...eh silap... Majlis penyatuan 2 jiwa adik saya dan suaminya... Semoga berbahagia dan berkekalan ke akhir hayat hendaknya... Saya ingin mengucapkan Salam IdulAdha kpd muslimin dan muslimat... Semoga sama2 kita hayati pengertian "qurban"... Jumpa lg di lain entry ya...


Wassalam...


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sunday, August 21, 2011

BILA KATA2 MULA BERBICARA...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Salam 1 Ukhuwah...

Pehabaq bloggers sekalian??? Dah bersawang sgt2 blog ni... X sempat nk menyinggah dek kesibukan mencari sesuap rezeki... Sedih sgt rasa di hati bila Ramadhan dah hampir sampai ke penghujungnya... X tahu lagi rezeki Ramadhan thn hadapan... Semoga Allah terus memberikan diri ini peluang utk menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan utk thn2 akan datang...

Saya dpt merasakan blog ini akan terus bersawang kerana saya telah pun kembali menjadi pelajar semula... Routine sbg pekerja dan pelajar pada satu masa membuatkan hidup saya kembali sibuk... Macam2 perkara harus diselesaikan... Setiap kali selepas solat, diri ini selalu berdoa supaya Allah memberikan diri ini kesihatan yang baik supaya tanggungjawab sbg hamba-Nya, tugas sbg pendidik dan tugas sebagai pelajar dapat dilaksanakan sebaik mungkin... InsyaAllah... Ameen...

Beberapa hari menjelang Syawal, saya berkira2 ramai yg sibuk dgn persiapan raya... Tapi jgn lupa utk mempertingkatkan ibadah2 kerana terdapat malam LailatulQadar pada 10 mlm terakhir ini... Semoga kalian terus tabah dan kuat menghadapi dugaan2 di bulan Ramadhan ni especially hari2 terakhir ini dan semoga Allah s.w.t terus melimpahkan rezeki dan memberi perlindungan kpd kita semua... InsyaAllah... Ameen... Semoga bertemu lagi di lain entry... InsyaAllah...



P/s students saya memberitahu manusia akan lebih mencari "Lailatul Kamdar" daripada "Lailatul Qadar" pd 10 mlm terakhir ini... Wallahuwa'alam... Na'uzubillah...

Wassalam...

Wednesday, June 29, 2011

REJAB

Assalamualaikum... Salam Ukhumwah...

Bulan Rejab hampir sampai ke penghujungnya... hari ni 27 Rejab... peristiwa Isra' dan Mikraj... ramai umat Islam akan berpuasa pada hari ni... Alhamdulillah saya bersama2 dgn teman serumah insyaAllah akan menunaikan ibadah sunat ini hingga ke penghujungnya... tahun ni bersahur bersama2 dgn teman2 adalah antara perkara terindah dpt dilakukan... klu thn lps bersahur sorg2 smpai menitis air mata... bersyukur pada-Mu ya Allah kerana mengirimkan teman2 yg mengasihi diri ini... sama2 kita mengambil iktibar peristiwa Isra' dan Mikraj dalam membentuk peribadi Muslim yang sempurna... InsyaAllah...

Wassalam...

Tuesday, June 21, 2011

AYAH, PAPA, BABA, WALID, ABI, DADDY, ABAH

Assalamualaikum w.b.t... Salam satu ukhuwah...

Pehabaq bloggers sekalian??? semoga kalian sentiasa sihat di bawah perlindungan Allah s.w.t... so sorry sbb dah lama x update... kebusyan tahap maksimum... Alhamdulillah skang dh kembali normal... insyaAllah...

Baca tajuk entry pun dah tau kan isu kali ni... hehehe... entry sempena Hari Bapa... of course we all sayang akan bapa kita... x kisahlah gelaran apa yg dipakai... ye... ada 2 org bapa yg saya syg sgt2 kat dunia ni... satu ayah kandung saya... Tuan Haji Abu Bakar bin Bahali... dan yang kedua papa saya... Cikgu Rozulan bin Abdullah...

Saya akan mulakan dgn ayah kandung saya dulu... berumur 73 tahun... Alhmdulillah masih sihat... InsyaAllah... masa saya kecik dulu, saya x berapa rapat dgn ayah... ayah membentuk kami dgn disiplin... kami jarang dapat membeli mainan yg diingini... tapi ayah selalu membelikan kami buku... mintalah buku ilmiah ape sekalipun... ayah xkan keberatan membelinya... begitulah ayah membentuk kami adik beradik sehingga berjaya mencapai cita2 kami... untuk pengetahuan kalian semua, 5 of 6 kami adik beradik adalah pendidik... Alhamdulillah... semenjak menginjak kedewasaan ini, hubungan saya dengan ayah bertambah rapat... bahkan ayah sudah pandai berjenaka dan membuat lawak... tahun ni ayah sponsor baju raya utk kami semua... horray... untuk Hari Bapa tahun ni, saya membelikan ayah T-Shirt dan kain pelekat... simple tapi ayah sgt2 suka... Alhamdulillah... ateh sayang ayah sampai bila2... dulu, kini dan selama2nya...

Ayah angkat saya yang saya panggil papa adalah insan yang menjaga saya selama 5 thn... sejak berumur 13 tahun - 17 tahun... papa menjaga kebajikan saya dengan baik sekali... yang saya x boleh lupa apabila saya demam dan papa menghantar pegi hospital dengan bebelan yang panjang... dapat ceramah free sepanjang perjalanan ke hospital... tapi ceramah yang baik... saya tau ramai yang cemburu dengan keakraban kami tapi itulah papa yang saya kenali... x penah culas dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai seorang warden... dan hingga ke hari ini, hubungan kami sebagai anak dan papa masih lagi akrab... papa byk bg nasihat sepanjang proses kedewasaan saya ini... thanx papa...

Saya sgt sayangkan ayah dan papa saya... semoga mereka terus sihat di bawah perlindungan Allah s.w.t... Ameen... InsyaAllah... Sayangilah bapa kalian sebelum... kalian sambung sendiri... love u all...

Wassalam...

Tuesday, May 3, 2011

HORRAY

Assalamualaikum... salam ukhuwah...

Alhamdulillah saya dh menyelesaikan tugas dan amanah sbg pensyarah utk sem ni. Students pn tgh bercuti. Enjoy my life now. Can't wait for next semester ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.8