Assalamualaikum w.b.t... Salam 1 Ukhuwah...
Pehabaq bloggers di pagi jumaat yg mulia ni??? semoga kalian sihat walafiat dan terus di bawah lindungan Allah s.w.t... selepas sebulan x update, mlm semalam saya update 1 entry... agak ringkas... ramai yg x puas bila membacanya... mmg idea byk tu jer mlm semalam...
actually masa tu tgh rush nk pegi usrah... Alhamdulillah masih diberikan ruang dan kesihatan yg baik utk ke majlis ilmu...
Selepas membaca Al-Ma'thurat, kemudian barulah ustaz syahiran aka tok guru membacakan hadith... malam td berkisar kepada akhlak yg mulia... antara intipati yg menarik perhatian saya ialah di mana tok guru menerangkan "sesungguhnya Allah menetapkan rumah di dalam syurga yang paling tinggi tempatnya (yakni yg paling atas) bagi mereka yg memperelokkan akhlak"... Subhanallah... betapa tinggi darjat mereka yang memperelokkan dan menjaga akhlak...
Macam mana nak memperelok atau menjaga akhlak...??? sejak kecil kita dididik supaya menjaga akhlak... ibu bapa, guru-guru sering menasihati kita semua agar sentiasa berkelakuan baik, menghormati org yg lebih tua etc... Alhamdulillah jika kita berjaya membuat itu semua... sebagai seorang manusia, kita sentiasa melakukan kesilapan dlm hidup... menurut tok guru, selagi kita bernama manusia, mmg kita x dpt lari daripada melakukan kesilapan... tapi jgn sesekali kita meneruskan kesilapan yg dilakukan... tetapi kita hendaklah bertaubat dan menyesali ape yg telak berlaku supaya akhlak kita terpelihara...
Akhlak juga terbit dari hati... dalam konteks idola, ramai pemuda pemudi hari ini menjadikan golongan artis sebagai idola... x salah meminati tapi jgn sesekali menggantikan kedudukan Rasulullah s.a.w sbg idola kepada golongan artis... Rasulullah mempunyai akhlak terunggul yg tidak dimiliki oleh golongan artis... mcm yg disampaikan tok guru, x salah meminati tapi jgn smpai terlalu obses dgn golongan tersebut... semoga kita terus meletakkan Rasulullah s.a.w di dalam hati sbg idola walaupun tidak pernah bersemuka kerana Allah s.w.t telah menceritakan semuanya di dalam Al-Quran....
Saya rasa cukuplah smpai di sini... InsyaAllah kita akan terus berkongsi ilmu... sebagai manusia biasa, saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam coretan kali ni... sesungguhnya yg baik itu dtg daripada Allah s.w.t... dan yg buruk itu adalah kekhilafan saya sendiri... semoga kita terus menasihati sesama sendiri dlm menempuhi dunia yg penuh pancaroba ini... InsyaAllah...
"
Mendoakan sahabat2 adalah antara doa2 yg diterima dan dimakbulkan Allah s.w.t... Malaikat turut berdoa pada insan2 yg mendoakan sahabat2 yg lain" --> renung2kan dan selamat beramal...
Wassalam....