Assalamu'alaikum dan Salam 1 Ukhuwah...
Pehabaq sahabat2 sekalian? Musim students diploma nak exams la ni. Masing-masing pakat sibuk dengan assignments, quizzes and tests. Tak lupa juga sibuk dengan macam-macam presentation.
Semalam aku jadi panel untuk satu pembentangan projek akhir ni. Pelajar-pelajar Part 5. Projek Akhir 1. Next sem diorang akan present Projek Akhir 2 plak. Lebih kurang sem ni diorang present project progress la.
First group dah buat aku bengang dah. Haish. Progress teruk. Projek simple sangat. Report progress memang teruk sgt. Tak puas hati sungguh. Kerja 14 minggu macam kerja sehari dua jer. Masuk second group lagilah buat aku bengang. Lagi teruk dari first group. Mendidih betul darah aku masa tu. Dah lah projek tu student aku dah buat last sem. Agak tinggi suara aku masa tu. Member yang sama jadi panel pun senyap jer. Tak pernah aku marah sampai mcm tu sekali. Takde satu group pun yang buat aku happy. Tetiba ada sorang student perempuan ni menangis. Katanya aku menengking kat dia. Ya Allah, memang takde niat pun. Kita nak perbetulkan mana yang salah. Aku jugak yang kena minta maaf semula sebab buat dia macam tu. Macam-macam hal.
Memang aku balik dengan jutaan ketidakpuashatian. Heboh satu fakulti student tu nangis Sir Z*** yang buat. Adoyai. Sabar jer la. Berita sensasi ni cepat betul tersebar. Pengajaran buat aku. Students cakap macam ni pagi tadi "Tak pernah sir marah kitorang dalam kelas. Masa present semalam betul-betul sir jadi orang lain. Takut kitorang. Nampak sangat sir pendam marah selama ni. Semalam habis keluar". Ape lagi gelak besar lah aku. "No komen" jer jawapan aku.
Bukan mudah nak berjaya. Penuh jalan berliku. Ape2 pun, sir doakan anak-anak sir berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah. Ameen Ya Robbal 'Alameen.
Wassalam...
2 comments:
amiin,, salam sukses.. !
hahah..manje btol student tu..marah sebab kualiti kerja dik oi..bkn emo xbtempat..biasa la tuh..
Post a Comment