Tuesday, November 2, 2010

100 YANG MENGHARUKAN...

Assalamualaikum w.b.t...

Pehabaq sahabat2 sekalian... sihatkah kalian...??? semoga sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t hendaknya... x sangka ni dh entry yg ke-100... Alhamdulillah... selama ni selalu bermimpi bila entry yg ke-100, nk cerita dgn kalian entry yg happy2 tetapi sebaliknya yg berlaku...

Mlm kelmarin (31 Oktober 2010) pd pkl 11.55 pm paklong yg aku selalu citer dekat blog ni telah kembali ke rahmatullah... Innalillahiwainnailaihiraji'un... tersentak dgn sms yg aku terima drpd cousin, air mata terus mengalir... aku amik wudu' and mulakan bacaan yaasin... air mata mengalir time membacakan yaasin smpai satu tahap pembacaan agak terganggu... cuba menenangkan diri sehingga habis bacaan yaasin... Alhamdulillah...

Kemudian, tertido dgn air mata yang masih berlinang... pagi tu termimpikan paklong... kerana terlalu rindukan paklong, Allah jelmakan paklong walaupun hanya dlm mimpi... Allah Maha Mengetahui segalanya... sedar2 pkl 6.00 am... selepas menunaikan tanggungjawab kpd Allah s.w.t, aku sedekahkah yaasin utk paklong... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah s.w.t...

Mlm ni sekali lg aku sedekahkan yaasin utk paklong selepas solat maghrib td... aku rasa terkilan sebab x dpt jumpa paklong di saat akhir nafas beliau... aku x dpt solatkan paklong... x dpt mandikan paklong... akhirnya jam 1.30 am (2 Oktober 2010) air mata aku gugur kerana rindukan paklong... semoga paklong ditempatkan bersama-sama org yg beriman dan beramal soleh...

Tiada lagi nasihat berguna daripada paklong... tiada lagi duit raya daripada paklong walaupun kami dh bekerja (sgt rindukan saat2 ni)... tiada lagi gurau senda daripada paklong... semua ni hanyalah secebis kenangan manis bersama paklong... terima kasih paklong atas jagaan paklong kepada kami adik-beradik saat ayah dan mak di dalam kesusahan dan paklong muncul memberikan bantuan... terima kasih paklong.... maafkan ateh sbb x dpt bersama paklong di saat paklong memerlukan perhatian sepenuhnya daripada kami semua... hanya doa daripada ateh utk paklong di sana...

Wassalam...

precious tears for precious moment...

3 comments:

~fam~ said...

mesti arwah seorang yang baik kerna pemrgiannya sangat2 dirasai...semoga aman dia disana...

zackque said...

mmg arwah seorang yg baik... dia byk berjasa dekat kitorang sekeluarga... mmg pemergian dia sgt2 dirasai...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga rohnya mendapat rahmat daripada Allah.