Tuesday, December 16, 2008

LETIH SUNGGUH

Assalamualaikum w.b.t

Letih sungguh last week... Ari sabtu register jadi student Master kat uitm... ingatkan x ramai... Alhamdulillah ramai... Drive dari seremban ke s.alam yang hanya mengambil masa 45 minit tetapi tetap letih... Wakakakakakakaka... First time bawak kete gi s.alam... stay sana sampai ari isnin coz ada interview dgn JKR kat SRK Sultan Hishamuddin dpn Bank Negara... Memang teruk aku kena bantai... lain baca lain yang keluar... xpelah... gi naik komuter kul 7 a.m dari pdg jawa... Kete parking kat sana... Punyalah ramai org... Kena berdiri sampai stesen bank negara... Dahlah dekat sejam kena interview... Balik tu terus drive blk seremban semula... Letih x terkata... 30/12 sambung blaja semula kat uitm s.alam... Masa stay umah member kt flat seksyen 7, kitorang masak sambal tumis ikan bilis yang sedap giler... Yummy... Kalau bakal mak mertua rasa, mesti hantaran kawen dapat diskaun... Wakakakakakak...

Sunday, December 7, 2008

ASAL-USUL SOLAT

saya memperolehi info ini dari kiriman email seorang rakan... sebagai panduan untuk kita bersama... semoga menjadi iktibar untuk kita semua...


SUBUH:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi.. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama
:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.

Rakaat pertama
:- Bersyukur bagi penebusan .
Rakaat kedua
:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya .
Rakaat ketiga
:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat
:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama
:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua
:-
Kelam dengan air laut .
Rakaat ketiga
:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat
:-
Kelam dengan perut ikan Nun .


MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:

Rakaat pertama
:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua
:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga
:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama
:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua
:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga
:-
Dukacita terhadap Firaun..
Rakaat keempat
:-
Dukacita terhadap anak Firaun .

Terbitan makna dalam kita mengerjakan solat

semoga dengan memahami bacaan

akan membuat kita lebih khusuk dalam solat.

Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)
Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
Ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku..

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup

ke NerakaMu.... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

SERANG BALAS...

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua muslimin dan muslimat... just nak share 1 citer dgn korang sumer... ari ni (07/12/2008 bersamaan dgn ari ahad) aku dgn abg aku cuba buat serangan hendap untuk menghalau tebuan tanah yang menghuni kebun aku... bila kitorang start nyalakan sumbu dan baling ke arah tebuan tanah tersebut, tanpa disangka2, kami berdua telah di serang balas... tebuan tanah menyerang kami... lariiii... maka bakat larian pecut yang tersimpan dlm diri kami ber2 telah dicurahkan sepenuhnya utk menyelamatkan diri... Alhamdulillah kitorang selamat...
Pastu, untuk nadia (isteri kepada en.suami), ni dia gambar2 konvo saya yang telah diedit... Selamat Hari Raya AidilAdha dan selamat menjalani ibadah korban...









Friday, December 5, 2008

GGGGGRRRRRRRRRRRR...

nak tau kenape aku geram... geram aku geram... mcm nak lps geram kat pagi di era jer... tgh syok2 edit gambar aku dgn dato' sri ibrahim abu shah yg ala2 dato' k tu... tetiba laptop aku hang... warrgghhhhh... nyampah x ingat... tension... rasa mcm nak hentak jer laptop nie... warrrgggghhhh...

Wednesday, November 26, 2008

UPDATE... SUKENYE DIEE.....

dah lama x apdet blog nie. busy... busy... and busy... 13/12 ni nak jd student uitm balik... rindu betul kat uitm... otak pun dh tepu2 skit... letih dan letih melanda... last weekend rumah aku kenduri utk my little bro and my nephew berkhatan... mmg letih coz dh lama x buat kenduri... last masa aku nak gi india... mak ai... lps tu gi kebun... buah sawit plak kena curi... ops... bukan kena curi... ada org terambil... siasat punya siasat... nasib baik x panggil detective conan ke... horatio caine ke... mac taylor ke... untuk siasat kes nie... ahaks... pakcik yang terambil buah sawit aku berjaya dikesan... selesai luar mahkamah... pakcik tu ganti semula buah sawit yang dia ambil... aku x marahkan pakcik tu coz dia xtau sempadan kebun aku dgn kebun org lain... tapi aku nak tegur skit pakcik2 mandor tu... xkan makan gaji buta kot... punya lah ramai mandor... tapi adakah diorang melakukan tugas yang sepatutnya??? atau sekadar di pinggiran... hohohohohohohoho... tanah ayah aku tu x besar mana mandor2 sekalian... gi la jaga kebun yang sepatutnya korang jaga... jgn masuk kawasan aku... sampai buah aku pun indon2 n bangla2 ko tu nak metik... x payah rajin2 sgt... kang aku ckp dpn mandor sekalian, nnt ko kata aku kuang ajar... tapi baik korang ajar diri korang dulu supaya menjadi pekerja yang berdedikasi... chow...

Tuesday, November 4, 2008

NAMA SEBELUM ZAHARI...

u know what??? mesti xtau kan...belum citer. adoyaiiiii... xde lah.. semalam masa borak2 and tea bersama-sama family, mak aku tanya...

Emak: no giliran konvo ko brape teh?
Aku
: 486 mak...
Emak
: jauh tu...
Aku
: bese la mak... nama zahari... z ... blakang la jawabnya... klu mak letak Azahari mesti duk dpn...

tiba2 ayah aku menyampuk...

Ayah: dulu ada kwn ayah suh letak nama kamaruzzaman coz anak dia nama kamaruzzaman.
Aku
: ape??? xnak la org (mcm aku bleh ckp masa aku baby dulu)...kui3...
Ayah
: org tu pun mcm 3 suku skit...
Aku
: hahahahahahahahahaha...


kelakar la plak aku dgr citer ayah n mak aku... adik aku dia nak letak nama salmah memula... cam citer SAYANG SALMAH la plak tapi along aku bertindak pantas isi borang pendaftaran n letak nama Nor Faridayu...klu x sorang kamaruzzaman sorang lagi salmah... hehehehehehehe...

Sunday, November 2, 2008

HARI YANG GELAP...

tajuk nak gempak jer... hehehehe... xde la. semalam aku pergi mengikuti satu rombongan ke melaka... mcm lawatan sambil belajar la. aku jd escort kepada kanak2 yg berumur 6 thn. maka aku pun terpaksa jd kanak2 balik. hahahahahahaha... tgk gelagat depa, ingat la masa aku kecik2 dulu... we all pi zoo melaka. tgk gajah, zirafah, makan eskrem dll... letih x terkata bila jln selama hampir 2 jam 30 minit tue (sebenarnya x dpt naik keretapi tu)...hohohohoho...

then, we all pegi wet world kat pedas, rembau... baru sejam mandi-manda, langit kelihatan kehitam-hitaman... lps tu, hujan turun dgn lebatnya. ingatkan nak stop mandi tp melihat keriuhan anak2 mandi dlm hujan, aku pun sama join mereka... bestnya mandi dlm hujan...dh lama x buat menda2 mcm nie... bila dh besar, baru dpt buat. masa kecik2 dulu klu nak mandi ujan kena nyorok2... klu mak dpt tau kena leter coz takut kita demam plak nnt... bila dh besar baru dpt buat...hahahahahahaha...

then, we all pegi giant seremban for shopping2... very happy dpt jd kanak2... pastu kitorg balik ke rumah masing2... tgk sehati berdansa and then pastu aku berdansa atas katil dgn jayanya... hahahahahahahaha... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

Friday, October 31, 2008

CINTA GILA BY DEWA 19



Hati hati dengan hatiku
Karna hatiku mudah layu
Jangan kamu bermain-main
Karna ku tak’ main-main

Sungguh aku bersungguh-sungguh
Cintaku ini cinta mati
Mati-matian aku
Pertahankan cintaku…..

Reff
Aku takkan rela...bila kau tinggalkan
Aku kan berbuat...apa saja
Untuk mendapatkan kamu lagi

Rupa rupa alasan kamu
Untuk tetap tinggalkan aku
Rupanya kamu memang
Sudah tak cinta aku

Cintamu yang berbisa
Bisa racuni aku
Bisa-bisanya kamu
Mau tinggalkan aku...
Reff…
Reff...

Assalamualaikum... penah dgr lagu nie??? try la dgr... download kat mana... hehehehehe... mmg best... sebelum ni pun x penah drg lagu nie... tapi semalam bila tgk studio 1 bersama dewa, dia plak tgh head banging nyanyi lagu nie... pergghhh... meletup beb... best lagu dia... khas utk mamat2 or minah2 yg ditinggalkan kekasih... sesungguhnya cintailah Allah utk mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat... jgn terlalu alpa cinta sesama manusia... wassalam...

THANX...

firstly, today, nak ucap thanx very much to my mak,ayah and along coz bg duit bayar yuran konvo...sayang semua...selamat duit gaji bulan nie...huhuhuhuhuhu...

masa aku gi bank td,bank x bukak lg...dekat 30 min aku tunggu sambil2 baca paper norman hakin kena tangkap basah dgn memey...huhuhuhuhuhu...sedih abby...sekali lg teruji...xpelah...rumahtangga diorg... biar diorg selesai sendiri...kita doakan yg tebaik utk depa...

masa aku tgh nunggu kat bank, ada sorg samseng ni umur dlm 5-6 tahun la gitu...punyalah x faham bahasa...dia tendang kete org...bukak pintu kete org sampai alarm kete org tu berbunyi hingga menyakitkan telinga aku nie...sabar jer la...pastu dia siap tendang anak org lain...muka x bersalah jer...mak ngan nenek dia aku tgk cam ada prob jer...malas nak guess...takut nnt jd fitnah...

pastu aku blk cm bese...hehehehehehe...biasa ar kete x byk...kelajuan meter kete pun bertambah2 tanpa ku sedari...hohohohohohoho...manyak best wo bawak kete laju2...hihihihihihihi...esk nak gi melaka...gi jln2 dgn dak sekolah rendah... hehehehehehe... jd pengiring... fully sponsored... hohohohohohohoho...nnt aku update kt cnie...huhuhuhuhu...sebelum blah, ada satu teka-teki???sape rasa2 pandai sila jawab...

Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar??? teka and teka kalo terror.....! ! ! jawapannya di masa akan dtg...hohohohohohoho...

Thursday, October 30, 2008

TAGGED???

nak gi kuar duit n shopping kt mysore

khas utk dila yg dh tagged aku...

My Top 10 Most Favorite Food.
1)sumer yg mak aku masak tapi bukan ayam kampung...huhuhuhuhu
2)sardin cap ayam brand
3)nasi goreng cina perencah adabi (aku buat sendiri tau)
4)KFC
5)Mc'D
6)Pizza Hut
7)nasi goreng latna kt restoren abah and kayu manis
8)nasi kandaq hakim
9)soto along den yg tiada tandingan
10)actually aku mkn sumer makanan yg halal tp bukan ayam kampung and itik...xtau nape???


10 Things I love To Do.
1) edit gambar...tgh giler edit gambar skang
2)baca blog ezan and dila
3)gi kebun
4)main bowling
5)main dgn anak buah sampai aku marah diorang...hohohoho
6)bawak kete laju2...
7)tgk CSI...I am too sexy...hohohohohoh
8)tgk The Nanny si sengau tu
9)gi jln2 sampai x ingat nak blk rumah
10)coding???suka ke???hohohohohohohoho


5 Things I Love To Do When I'm EMO.
1) berdoa kat Allah tabahkan hati...
2) tdo
3) ape lg.. tulis kat blog ni la...
4) message awek...huhuhuhuhu
5) ajak member hang out


5 Types of Girls I Adore.
1) yg mencintai dan beriman Allah
2)yg pakai tudung
3)yg pandai urut badan...ek eh... cam mawi plak...
4)yg suka senyum tapi bukan selalu senyum...nnt org ingat gila la plak...
5)yg buat aku tersenyum...hihihihihihi

5 Things I Love To Do When I'm HAPPY.
1)menari...hohohohoho...
2)dgr lagu pastu nyanyi sama2...
3)makan...
4)senyum...
5)gelak kuat2 sampai ketua kampung dgr...hehehehehehehehe


5 Things I Wish To Happen.
1) harga sawit naik balik...sian kat peneroka..."saya bangga jd anak felda"...
2)dapat keje yang aku impikan...
3)dapat buat kelas tuition dgn bayaran yg reasonable...sbg permulaan nak majukan anak felda dulu
4)nak bantu parents gi buat haji
5)kawen sebelum umur 30...doakan aku...

5 People I Want to Tag
1) my awek
2)ezzan
3)dila (dia dh tag aku)...cmner nie
4) 4 dgn 5 reserve dulu...

Wednesday, October 29, 2008

AM I TO SEXY FOR MY CAREER???

gambar yg diedit oleh ezan

adakah sesuai statement kat atas tue??? ntah la... sampai skang aku menanti2 peluang pekerjaan yang aku idam-idamkan... sabar zahari... yeah... sabar itu sebahagian daripada iman... tgh2 boring ni aku pun melakukan hobi aku yg terbaru nie... edit-mengedit gambar... sambil2 tu goyang2 badan dgr dangdut...hohohohohohohoho...ape??? dangdut xde kelas??? wei... i'm not bias to any music...i can hear to any type of music... sbb dangdut la inul kaya and buat org x tdo mlm tgk and t'bayang goyang gerudi dia...huhuhuhuhuhuhuhu...

just nak thanx to ezzan coz berjaya mencantikkan gambar saya dgn ketua penari "sway"...nama beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab2 tertentu (takut kena bomoh nnt)...hohohohohoho...ntah bila dpt jumpa ezzan lg...dila pun sama... bila nak jumpa ni???gi main bowling sama2...hohohohoho...


Tuesday, October 28, 2008

HAPPY DEEPAVALI...

HAPPY DEEPAVALI utk semua sahabat2 dan kaum yg menganut agama Hindu...


jgn jeles u all...hehehehehe...

just nak citer weekend lps (hari sabtu) aku and my frens pegi kenduri kawen umah junior masa sekolan dulu... umur dia 20 thn... hubby dia 22 thn... mudanya... aku yg dh dewasa ni pun x kawen lagi... apa kes??? xde jodoh lg... then,we all pegi tanjung ipoh (kt pilah) utk 2nd wedding event... mak ai... penuh perut den... sesak beb perut time tue...

"lps ni nak gi mana???"...kawan aku tanya... semua buat muka sardin coz kekenyangan... soalan pertama x diambil pusing... "nak pegi mana pasni"...huhuhuhuhuhu... "seremban la"... soalan kali ke-2 terjawab...huhuhuhuhu...then, we all pegi la ke jusco seremban 2...

"bang, kitorg nak lane ujung skali"... huhuhuhuhu... 1st destination... main bowling... lps gian... amik lane ujung coz pemain pro mcm kitorg ni xmau la tunjuk terror kat org ramai...hahahahahaha... punya la havoc main bowling... mula2 1 game... pastu tambah lg 1 game... maka kayalah tokey pusat bowling itu...

kitorg sampai rumah dkt2 kul 10 mlm... punya la letih... tgk plak sehati berdarah...ops silap... itu ayat DJ (bukan nama sebenar) kat blog dia...tgk sehati berdansa...best... kali ni sumer pandai menari...hehehehehe... lps tu, tido dgn lenanya...

then ari ahad, aku and my brother gi kebun... pastu kitorang tgk adik-beradik babi hutan tgh lari 100 meter... nasib baik sempat brek... klu x, aku dgn abg aku dh lama kena sondol dgn 3 beradik babi tersebut...punya la laju...x pandang kiri kanan langsung... kat selekoh, brek la sekejap...ini main lari jer... pandang la kiri kanan... memang dasar babi hutan betul la... dh lama x tgk babi hutan main kejar2...hehehehehehehehe...

ari ni relax sekejap... esk sambung routine cam biasa... see u all next time... kepada sape2 yg mengenali wak atau nama sebenarnya mohd sharizan abd rahman, ayah beliau telah pulang ke rahmatullah pada ari sabtu pukul 10 malam... semoga arwah ditempatkan dlm golongan org2 beriman dan beramal soleh... Al-Fatihah...


Wednesday, October 22, 2008

MEMOIR

MPG @ Cherating

ni gambar masa blk dari camping @ ulu yam

arrrggghhh... internet problem la plak... letih aku.. sekejap line ok... sekejap mengong... menguji kesabaran betol la... masa intenet problem, sempat gak aku usha2 gambar masa MPG tahun lps... tgk dila (bukan nama sebenar) and the gangs menari2 "sway"... hehehehehehehehehe... pastu layan gambar2 masa kat cherating tue... 2 kenangan paling best masa aku final sem ialah MPG @ cherating and camping @ ulu yam... best giler... thanx to the organizer... 2-2 events tu buat aku ilang tension apetah lg lps presentation final year project...

Tuesday, October 21, 2008

ELECTRONICS BATCH 2005-2008


utk tatapan x-student electronics batch july 2005 - july 2008... ni gambar yg telah diedit utk simpanan peribadi korang... saja2 jer edit utk kelihatan lain skit... gambar ni diambil lps kita mandi-manda kt ulu yam dulu... check it out...

Thursday, October 16, 2008

KEBUN SAWIT...


angkat buat sawit gi platform

panasnya...berpeluh2 aku...

I am too sexy (Horatio)
I am too sexy (Mac Taylor)

hahahahaha...different people membunyikan "I am too sexy"...iklan kat AXN...saje je intro menda nie...masa nak mula2 menaip td, teringat iklan nie...mamat NUMB3RS tu pun ada...mamat2 2 org kat atas tu, sape kenal??? klu peminat CSI mesti kenal...ketua CSI:MIAMI and CSI:NY...aku mmg fans utk drama CSI nie...

xde la, saje jer nak bgtau aku peminat citer nie...huhuhuhu...actually hari ni aku gi kebun...memang routine aku sejak balik india nie...suka ar berkebun...kesian tgk ayah aku usahakan kebun sorang2...x larat dh dia nak usahakan kebun tu...umur pun dah menginjak 70 tahun...aku pegi dgn semangat membara...hehehehe...

ramai tanya kat aku "x letih ke pegi kebun??? ada ular x???" FYI, buat masa ni, aku penah jumpa ular tp xde la dia serang aku...aku x kacau dia, so dia pun x kacau aku...klu nak kirakan letih, mana2 keje pun letih... betul x??? org yg duduk dlm office pun letih walaupun kdg2 x buat keje pun... cuma aku nak kongsi bahawasanya aku suka pegi kebun...xtau kenape... sampaikan offer keje pun aku tolak...kui3... sayangnya aku kat kebun sawit tu... tapi klu aku dpt sambung blaja bln 12 ni, insyaAllah aku akan pegi dan kenangan di kebun akan menjadi routine ujung minggu jer la...hehehehehehe...

ape2 pun pekerjaan, pastikan ianya halal...lg 1, tlg la jgn dihina pekerjaan peneroka nie... itu jer nak pesan... jgn rasa bila gaji besar kita dh cukup bagus utk menghina kerja2 org lain... oklah... nnt kita citer lg... nak rehat jap...letih gi kebun...kui3...

Wednesday, October 15, 2008

EDIT PHOTO


jom geng kita sama2 melawakan gambar kat www.picnik.com... tapi x penah cuba lg tapi my lil sis dah cuba... kata dia senang jer... lets try...check it out... contoh sebelah ni yg my lil sis telah edit...ni gambar my lil sis and me masa second hari raya...masa ni kitorang nakk gi gathering family kat sri menanti...upacara tahunan yang wajib masa Hari Raya Aidilfitri...

PIZZA HUT


Alhamdulillah semalam dapat gaji...tapi harga sawit jatuh lagi... semalam masa hantar buah sawit ke kilang dapatlah 6.28 tan...RM310 setan...ayah aku bg gaji cam biasa...tapi bersyukur dgn rezeki yang dikurniakan...ingatkan nak makan pizza hut tapi cuaca x mengizinkan...

tup2...ptg semalam my sis called bg tau dia ada buat jamuan hari raya kat rumah dia...serbuuuu...hehehehehehe...my brother in law yg incharge bahagian makan merangkap chef ari tu...dia masak mee goreng dgn spaghetti...punyalah sedap...bertambah gemuk la aku...masa nak balik semalam, my niece nak ikut balik skali...tapi cam biasa, my sis susah nak lepaskan coz takut anak dia menangis malam...tapi alhamdulillah dia x nangis dan tido dgn lenanya bersama pak tih kesayangan...huhuhuhuhuhu...

then ari ni aku merehatkan diri sebelum menyambung tugas kat kebun esok...tapi panas sgt sampai xboleh nak rehat...punyalah aku cuba nak rest tapi xdpt gak...tapi kul 6pm aku kantoi gak...tgh sdp2 baca novel Ayat-Ayat Cinta, aku tido dgn rakusnya...x sempat baca doa tido...Ampunkan aku Ya Allah...kalaulah Allah tarik nyawa aku ptg td, x sempat nak mengucap...Astaghfirullahala'zim...then kul 6.50pm, my sis balik nak jemput anak dia...tau dia bawak ape??? dia bawak pizza hut...so aku bleh simpan duit gaji aku...thanx kak coz belikan pizza...thanx very much...lov u very much...muah...muah...muah...

Monday, October 13, 2008

CARI DUIT NAK MAKAN PIZZA

fuhhhh... letih sungguh ari nie... sinca last saturday, my parents, my brother and me struggle metik sawit coz nak dpt gaji... hehehehehehe... pagi ni (13/08/2008) baru siap metik setelah 3 ari bertungkus lumus... Alhamdulillah... tapi gaji belum dapat....:(

xtau kenapa aku cukup serasi dgn berkebun... mayb aku dibesarkan dgn cara mcm ni... anak peneroka... saya bangga menjadi anak peneroka... hahahahahahahahaha... tapi aku cukup heran kalau ada anak felda yg "jijik" nak masuk ladang... x kira la ladang sawait ke, getah ke??? kenape ek??? walhal dgn duit hasil ladang tu yg membesarkan diorang...

lg 1, ada plak yg kata kat aku mcm ni..."belajar tinggi2 pun xkan pegi kebun je kot"... damn it... ada ke mcm tu... at least keje aku buat halal... cuma gaji xde lah tinggi sgt... tapi aku bleh survive lg... x mintak duit dgn mak bapak...(ayah aku yang bayar aku gaji)...hehehehehehehe... tapi tulah manusia...bila masuk u, kena keje besar...apa da... xpelah...yang penting aku enjoy... kepada sumer kwn2, buat sesuatu dgn ikhlas & enjoy it... klu x nnt, merana diri... adios... nak tdo...

AYAT-AYAT CINTA LAGI???


Maafkan bila ku tak sempurna

Cinta ini tak mungkin ku cegah

Ayat-ayat cinta bercerita

Cintaku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh

Seakan ku bias hidup lebih lama

Namun harus ku tinggalkan cinta

Ketika ku bersujud (2X)

Still rasa tak boring nak menceritakan perihal film nie. Pagi ni tatkala menonton HMI yang dihoskan oleh 2A (Abby Fana & Ally Iskandar), video klip Ayat-Ayat Cinta dendangan Rossa ditayangkan di TV3. Tatkala menonton video klip tue sambil nyanyi dengan suaraku yang berjaya “menyumbangkan” lagu tu, air mata nak mengalir plak. Terkenang plak penderitaan dan duka Aisha & Maria yang bersusah-payah mencari pembelaan menegakkan keadilan untuk suami yang tidak bersalah. Bila lagu tu habis berkumandang, tetiba muncul muka Abby Ally. Nah… Abby hampir menitiskan air mata. Nak tau Abby cakap ape??? “The best heavy film yang pernah saya tonton selepas Kabus Bersulam Sutera pada era 80-an. Satu karya yang cukup hebat”… Nah… aku tak pernah menonton film Kabus Bersulam Sutera tu. Tak tahu karya dia macam mana tapi Ayat-Ayat Cinta memang film terbaik pernah aku tonton. Dan Abby sependapat dengan aku.

Masa aku menulis cerita nie, sambil tu aku menonton klip video Ayat-Ayat Cinta yang aku download sebelum aku berangkat ke India. Suara Rossa memang bias merobek jantungku la. Syabas untuk penulis novel ni Habiburrahman El Shirazy yang berjaya mencipta satu evolusi dalam dunia penulisan novel dan dunia perfileman. Aku akan menghabiskan pembacaan novel Ayat-Ayat Cinta nie untuk aku tulis ceritanya dalam siri yang akan datang. Aku stop kat sini dulu. Nak pergi kebun sawit. Nak siapkan keje kat sana. InsyaAllah, petang nie aku akan dapat gaji. Nak makan Pizza Hutt yang baru buka kat Bahau. Chow… Adios… Wassalam…

AYAT-AYAT CINTA

I’ve been watching Ayat-Ayat Cinta film for seventh time tonight. It is the most fascinating film that I even seen this year. It is not because of the pretty women, Aisha and Maria, not because of the knowledgeable hubby, Fahri, but it is because of the plot of the story. There are lots of emotions in this film. I can feel the romance and the loving. When I already feeling the emotions, suddenly sadness come!!!? That’s make this film fascinate to watch. For the first time I watched this film, I just want to cry when Aisha told Fahri to get married with Maria. That was really touching. Hehehehehehehehehe. Tapi tak nangis key..

Otherwise, there are some actions that made me “yerkkkkkk”. What’s this??? For example, when Fahri bersentuhan pipi bila berjumpa dengan sahabat lelaki sepengajiannya yang dijumpai di dalam keretapi. Look very odd, right??? But, when I asked my friends that studied at Egypt, they said “Itu benda biasa la Zahari. Itu culture diorang. Tak salah pun. Lain la kalau bersentuhan pipi yang bukan mahram”. Amik kau. Aku dapat ceramah free. Hehehehehehehehehe. Whatever. Tapi itu masa first time aku tengok film nie. But for the seventh time, I think that the culture merapatkan lagi silaturrahim sesama manusia. Dekat Malaysia ni, kalau bersalaman pun kadang-kadang tak pandang muka. Bila jumpa kali ke-2, salam balik. Punya lah “ikhlas”. Hahahahahahahahahaha. Apa da... But, what we can do??? That was our culture. Tak baik kutuk lebih-lebih. Maybe ada hikmah lain yang tersirat. Bila teringat bab-bab bersentuhan pipi ni, teringat plak masa aku pergi India 2 bulan lepas. Lelaki sesama lelaki berpegangan tangan??? Mula-mula aku and the gangs “yerkkkk”. “Gay “ ke diorang nie??? Bukan sorang dua pasangan, tapi kebanyakan lelaki yg jalan ber-2 mesti berpegangan tangan. Itu pun memang culture diorang untuk mengelakkan kawan-kawan diorang hilang dalam kesibukan umat manusia. That looks very “abnormal”. But, we need to respect their cultures. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Huhuhuhuhuhuhuhu.

Tapi untuk film yang aku kelaskan sebagai A+ ni, ada satu lagi benda yang best. Soundtrack untuk film ni memang best especially Ayat-Ayat Cinta by Rossa. Memang best. Bila dengar lagu ni, mesti ingat insan-insan tersayang. Lagu-lagu lain pun best. Takdir Cinta, Tercipta Untukmu and others. Lets LAYAN……………… Ada masa nanti, kita citer benda lain plak. Aku dah ngantuk sangat. ZZZZZZZZZZ…………… Wassalam.